Friday 7 June 2013

Resepi Ayam Masak Merah Madu


Resepi  Ayam Masak Merah Madu


 

Pengenalan

Ayam masak merah madu merupakan sejenis hidangan yang popular di kalangan masyarakat Melayu, terutamanya penduduk Kedah. Pada masa dahulu, ayam masak merah madu sering dihidangkan dalam perkahwinan trdisional masyarakat Melayu. Hidangan ini biasanya mendapat  sambutan hangat semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri dan pada bulan Ramadhan. Ayam masak merah madu sebenarnya merupakan improvisasi hidangan ayam masak merah.


Resepi ayam masak merah madu mempunyai rasa yang amat unik kerana masakan ini kaya dengan pelbagai rempah. Selain itu, tekstur ayam tersebut juga istimewa dan tidak sama dengan ayam yang terdapat dalam kari ayam. Hidangan ini lebih enak jika dimakan dengan nasi tomato.


Beberapa ketul ayam akan disapu dengan kunyit dan garam. Selepas itu, ayam tersebut harus digoreng hingga warnanya menjadi emas-emasan. Kemudian madu akan dituangkan untuk melengkapkan hidangan yang sungguh enak ini. Cara-cara membuat hidangan resepi ayam masak merah madu ini diterangkan secara terperinci  di bawah.

 


Bahan-bahan

·       500 gram ayam yang dipotong kecil ( gaulkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit)

·       1 biji bawang besar, belah 6 dan leraikan

·       2 batan serai

·       3 sudu besar sos cili

·       1 sudu besar tomato puree

·       5 sudu besar sos cili

·       2 sudu besar madu

·       1 sudu kayu manis

·       1 sudu bunga lawang

·       Garam dan gula

·       Hirisan daun bawang untuk hiasan

·       1 biji bawang besar

·       3 ulas bawang putih

·       2 biji buah keras, hiris

·       1 inci halia

·       1/2 inci lengkuas

·       1 batang serai, hiris dengan halus

 

Cara-cara

 

1)  Bersihkan ayam

2)  Gaulkan ayam tersebut dengan kunyit dan garam

3)  Gorengkan ayam sehingga masak atau sehingga warnanya menjadi emas-emasan

4)  Bawang besar dibelah 6 dan dileraikan

5)  Tumis kayu manis, bunga lawang dan serai

6)  Panaskan minyak dalam kuali

7)  Masukkan kayu manis, bunga lawang dan serai tersebut ke dalam kuali

8)  Masukkan halia, lengkuas dan bawang yang dilearaikan tadi.

9)  Tambah cili kisar dan tomato puree dan masak sekejap

10)  Masukkan sos cili dan sedikit air

11)  Masukkan ayam ke dalam kuali tersebut dan gaulkan

12)  Tuangkan madu yang secukupnya ke dalam kuali

13)  Tambah gula dan garam jika perlu

14)  Masak sehingga manjadi pekat

15)  Hiaskan hidangan dengan hirisan daun bawang

 


Hidangan ini biasanya dimakan dengan nasi tomato. Ayam masak merah madu tidak sempurna tanpa nasi tomato.


Resepi Nasi Tomato adalah salah satu tradisi makanan yang disambut hangat di kalangan masyarakat Melayu .Hidangan ini amat terkenal  di Pahang. Nasi Tomato adalah sejenis pembudayaan makanan melayu, jadi sentiasa dihidangkan dalam majlis perkahwinan Melayu dan perayaan Melayu seperti Aidil Fitri. Pada musim perayaan seperti perkahwinan, Nasi Tomato beserta lauk-pauknya sentiasa menarik perhatian tetamu.


Bahan-bahan

·       1 helai daun pandan

·       3 1/2 cawan air 

·       1 cawan susu rendah lemak

·       Garam secukup rasa 

·       1 batang kayu manis 

·       5 kuntum bunga cengkih 

·       3 biji buah pelaga 

·       1 kuntum bunga lawang 

·       3 cawan beras basmati

·       1 sudu besar pes tomato

·       2 sudu besar sos tomato 

·       2 sudu besar minyak sapi 

·       1 biji bawang besar (dihiris) 

·       2 ulas bawang putih (dicincang) 

·       1 inci halia



Cara-Cara

1)  Panaskan minyak sapi dalam kuali. 

2) Tumiskan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang ,buah pelaga, halia, bawang putih, bawang besar, dan daun pandan dalam kuari 

3) Masukkan pes tomato dan tomato sos (kacau)

4) Beras dibasuh dan ditoskan sehingga kering. 

5) Apabila bahan-bahan tumis sudah naik wangi, masukkan beras dan goreng beras untuk 2 minit. 

6) Masukkan beras ke dalam periuk nasi.

7) Curahkan air yang sudah mendidih dan susu rendah lemak ke dalam periuk nasi. 

8) Masukkan garam(kacau) 

9) Masak sehingga nasi menjadi kering 

10) Taburkan kismis dan kacang pis ke atas nasi(hiasan)

11) Hidangkan Nasi Tomato dengan hirisan daun bawang/ daun sup, bawang goreng, nenas dan lain-lain




Dengan mengikuti langkah-langkah tersebut, hidangan ayam masak merah madu akan menjadi  amat senang untuk disediakan. Kemanisan dan hiasan hidangan tersebut juga sudah pasti akan menjadi masakan kegemaran kanak-kanak. Jangan lupa nasi tomato kerana ia akan menyerlahkan keenakkan ayam masak madu. Oleh sebab itu, hidangan ini mesti dicuba oleh semua orang.

Selamat mencuba.